Sunday, October 31, 2010

KEM SOLAT NUSAJU : JELAJAH MALAYSIA

TEMPAT: SURAU IBNU SINA BANGI, PESAKA ASTANA (M) SDN BHD, SHAH ALAM
TARKH: 16 & 17 OKTOBER 2010
JURUFOTO: SAYA :)



1. Bulan Bahasa Kebangsaan. Mari kita berbahasa melayu. :)

2. Kem Solat ini diilhamkan oleh Yayasan Nusaju, sebuah organisasi bukan untung yang telah ditubuhkan sejak tahun 2000. Antara aktiviti utama yayasan adalah menjalankan program-program bantuan dan sokongan pembelajaran awal Bahasa Inggeris untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun. Program yang telah berjaya dijalankan termasuk Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris tanpa bayaran di kawasan-kawasan luar bandar. Semenjak penubuhannya pusat pembelajaran bahasa Inggeris Nusaju kini telah berkembang menjadi 15 buat pusat dan juga telah member manfaat kepada lebih 7,700 orang murid.

3. Menyedari betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan harian sebagai umat Islam, pihak Yayasan Nusaju tampil dengan idea Kem Solat dimana ianya bertepatan bagi memberi pendedahan awal tentang tuntutan dan amalan yang sempurna dalam melaksanakan ibadah solat. Dengan kerjasama Ikhwah Training Management sebagai pengendali program Kem Solat Nusaju ini, Kem Solat Nusaju akan menjelajah lebih 12 lokasi seluruh Malaysia bermula di Bangi Selangor.

4. Ianya adalah satu pengalaman yang menyeronokkan melihat si kecil mempelajari dan mendalami pengertian solat dalam kehidupan seharian. Terima kasih Puan Hafizah dari Yayasan Nusaju kerana menjemput saya menjadi sebahagian dari program bermakna ini. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t. amin. :)

1
2
3
4
4-4
5
6
6-6
7
8
9
10
11
18
12
13
14
15
15-5
16
16-6
17
19
20


md adib md yunos
+6017.7669676 | mobile
+6013.7017530 | workstation
www.arfengwork.com | blog
www.facebook.com/arfeng | personal
support@arfengwork.com | email
arfengwork@yahoo.com | YM